Sunat Selepas Akad Nikah – Seperti yang dilakukan oleh Ustaz Don Daniyal.
Kini
ramai yang akan membina masjid baru dengan perkahwinan. Perkahwinan yang
diberkati adalah apabila mematuhi suruhan Allah SWT dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
Antara
yang kita lihat, Ustaz Don Daniyal mengamalkan beberapa perkara sunat
selepas akad nikah. Antaranya, meletakkan tangan di ubun-ubun atau dahi
isterinya dan berdoa. Selain itu, Ustaz Don Daniyal solat sunat 2 rakaat.
“Usolli sunnata ba’dan nikahi
rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
- Rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
- Rakaat kedua
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
- membaca doa selepas salam
3 - Suami memegang atau
meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.
“Apabila
salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang
bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan
keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon
kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan
aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan
padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala
keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila
dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya.’ “ (Riwayat Abu Daud).

4 – Isteri bersalaman dengan Suami
sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah (jangan fokus nak ambil gambar sahaja)
http://trigyy.com/2012/09/sunat-selepas-akad-nikah/