Ditulis Oleh Pakar Cinta Pada 23 Dec 2012 Kategori : Persoalan
Cinta
Setelah berjaya melepasi
ijab dan qabul yang penuh kerahmatan, hendaklah disambut dengan berbanyak
kesyukuran kepada Allah kerana telah mempermudahkan urusan suami dan isteri.
Syukur. Semua urusan telah berjalan dengan lancar. PakarCinta ingin
mengajak bakal-bakal pengantin terutamanya bakal bergelar suami di luar
sana untuk mengamalkan sunah ini. Yang baik haruslah kita amalkan. Yang tidak
perlu biarkanlah sahaja diamalkan oleh orang Barat sana. Semoga mereka mendapat
hidayah.
Berikut merupakah
beberapa perkara yang sunat dilakukan oleh pengantin baru sejurus selepas akad
nikah.
Pertama: Sujud Syukur
Untuk buat sujud syukur
ni, tak diwajibkan untuk orang tu ada wudhuk. Yang penting kena suci dari hadas
kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat. Sebenarnya tiada hadith
yang jelas menyatakan cara sujud syukur. Dalam kitab
al-Bahr ada disebut, takbir diperlukan untuk buat sujud syukur. Jadi, mulakan
dengan niat untuk buat sujud syukur, takbiratul ihram, lepas itu buat sekali
sujud, duduk dan beri salam.
Semasa sujud bacalah
zikir, hukumnya sunat. Antara zikir yang digalakkan tu, sama macam zikir dalam
sujud tilawah. Manakala Imam Syafi’e pulak memilih untuk ucapkan zikir “Maha
Suci Tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana” dalam sujud syukur. Apapun,
adalah harus untuk kita baca zikir yang biasa kita sebut dalam sujud solat
biasa.
PakarCinta: Untuk kemudahan majlis,sejurus selepas
doa dibacakan oleh jurunikah, salah seorang ahli keluarga pengantin perempuan
(jika dilakukan di rumah pengantin perempuan) boleh memberikan isyarat kepada
pengantin lelaki untuk membuat sujud syukur dahulu sebelum meneruskan upacara
pernikahan yang lain. Pengantin lelaki harus meminta izin terlebih dahulu untuk
meninggalkan majlis sebentar, dahulukan kesyukuran anda kepada Allah kerana telah
mempermudahkan urusan pernikahan anda.
Kedua : Solat Sunat
Selepas Akad Nikah
Niat Solat Sunat Selepas
Nikah
“Usolli sunnata ba’dan
nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
- Rakaat pertama:
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
- Rakaat kedua
- Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
- Membaca doa selepas salam
Boleh juga selepas
salam dilakukan pula sujud syukur ataupun boleh juga selepas akad terus
dilakukan sujud syukur tanpa mengerjakan solat sunat selepas akad nikah
tersebut terlebih dahulu. Ia terserah kepada individu/pasangan
tersebut untuk melakukan yang mana satu.
Terdapat riwayat
daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai
solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu,
hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan
isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya.
Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah).
PakarCinta : Solat sunat selepas akad nikah boleh
dilakukan bersama jika pengantin perempuan tidak uzur. Dimana pengantin lelaki
boleh meminta izin ahli keluarga untuk pengantin perempuan bersembahyang sunat
bersamanya terlebih dahulu sebelum meneruskan acara pernikahan yang
selanjutnya. Ini kerana segerakanlah solat sunnat dua rakaat selepas nikah.
Sujud dan bersyukurlah kepada Allah dan berdoalah mohon kebaikan dan
kesejahteraan untuk rumahtanggamu.
Ketiga : Suami
meletakkan tapak tangan di atas ubun-ubun isteri dan berdoa.
PakarCinta ingin
mengingatkan bakal pengantin sekalain mengenai doa yang ‘perlu’ dibacakan
sambil memegang ubun-ubun isteri mu sebaik sahaja selesai upacara akad nikah.
Tidak ramai orang mengamalkan sunnah ini. Bacalah doa ini sambil menyentuh
atau meletakkan tanganmu diubun-ubun isterimu selepas akad nikah, ini
disunnahkan sebagaimana yang tersebut dalam hadith:
“Apabila salah seorang
dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan
kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya
dan hendaklah mengucapkan:
‘Ya Allah, aku memohon
kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan
aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan
padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari
segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir
apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan
tipu daya.’ “ (Riwayat
Abu Daud).
PakarCinta : Cium isteri selepas akad nikah untuk
membatalkan wudhu`, adakah amalan ini sunnah Nabi? Maka jawabnya bukan
sunnah, ini hanyalah adab orang melayu yang diambil dari upacara kahwin orang kristian
yang mencium isterinya selepas berkahwin. Jadi memandailah sekadar tangan
untuk ikut adab orang melayu, melayu tetapi janganlah sehingga mencium
pipi atau dahi dan seumpamanya kerana di depan orang bukanlah tempat untuk
bersuka-ria atau bergurau senda jika kita ingin membatal air solat.
Keempat : Isteri
bersalaman dengan suami dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah.
Jangan sibuk untuk
berfikir untuk mengambil gambar saja! Semasa bersalam dengan suami, ucaplah 2
kalimah syahadah. Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi
menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan
hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah
didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan
itu adalah suatu pembohongan.
Amalkan kehidupan Islam
sepenuhnya insyaallah rumahtangga akan mendapat berkat serta berkekalan.
http://pakarcinta.com/blog/apakah-perkara-sunat-yang-dilakukan-selepas-akad-nikah/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan