Posted by Shafi-Q.
Umat
Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu
atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan.
Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah. Di
antaranya;

la boleh dikerjakan dua rakaat atau
sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam.
Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan
akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan
atau penentuan yang betul.
Cara Solat Istikharah
a.
Lafaz niatnya:
Daku
solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b. Antara surah yang dianjurkan
ulama ialah:
Rakaat
pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat
ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat
pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat
ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
c. Dalam sujud akhir, baca
tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha
Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan)
kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d. Sebelum bangkit dari sujud,
mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat
keputusan dan pilihan.
e. Selesai memberi salam,
bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda,
para wali Allah dan seluruh umat Islam.
f. Membaca doa solat
sunat Istikharah:
g. Ulangilah doa tersebut
sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin
diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau
mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”
h. Serahkanlah sepenuh
keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk,
sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan
yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
i. Lakukan solat Istikharah 3
atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi
kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan
yang betul.
by; shafiqolbu
http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-istikharah/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan