10 Kesalahan Popular Suami Kepada Isteri
November 10th, 2012 11:00 PM | by
Makteh | Informasi.
Dewasa ini, kita banyak mendengar
tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Melayu Islam di Malaysia.
Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah bercerai. Padahal, bercinta
bertahun-tahun boleh pulak tahan. Maka, Admin pada kali ini ingin berkongsi
tentang 10 (sepuluh) KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan
terhadap isterinya yang mungkin menjadi asbab kepada peningkatan kes
penceraian di Malaysia ini.
Banyak kita dapati para isteri tidak
mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas,
bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak
mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam
pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah
bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan
yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah
AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud:
“Hai orang–orang yang beriman,
peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras &
tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka &
selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}
Maka para suami diminta untuk tidak
sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta
dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama
kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain
yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam &
hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak
isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang
yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah
atau di surau/masjid misalnya)
2. Suka Mencari Kekurangan &
Kesalahan Isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari
& Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang
lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan
mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami
diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya,
juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana suami juga mempunyai
kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:
“Janganlah seorang suami yang
beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak
darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}
3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai
Dengan Kesalahan Isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman
terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap
awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya
tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan
menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari
Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK
isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:
“Hendaklah engkau memberinya makan
jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul
wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam
rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}
4. Culas Dalam Memberi Nafkah
Kepada Isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan
anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak
menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan
pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan
seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu
itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu
menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut
(jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan
penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah
berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu
hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya
bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang
patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah
sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah :
233}
Isteri BERHAK mendapatkan nafkah,
kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia
telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik
anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi
nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie,
maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf
(tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}
5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut
Terhadap Isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}
Maka suami hendaklah berakhlak baik
terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar
.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri
Dalam Urusan Rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak
MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah
s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang
apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:
“Beliau membantu pekerjaan isterinya
& jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R.
Bukhari}
7. Menyebarkan Rahsia dan Aib
Isterinya
“Sesungguhnya diantara orang yang
paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang
menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan
rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}
Dalam hadith ini diHARAMkan seorang
suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di
tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang
terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.
8. Sikap Terburu-buru Dalam
Menceraikan Isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya
hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci,
oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak
boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau
bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak
digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:
“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan
gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan
RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh
asy-Syeikh Albani}
Memang perselisihan antara suami
isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi
penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian
perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya,
keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian
hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}
9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan
Ketentuan Syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan
keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi
yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan
syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak
memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama
& anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan
dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa
: 3}
Sikap ini merupakan KEADILAN yang
diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam,
tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak
memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini
boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak &
menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah
akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk
ke’dalam’nya.
10. Lemahnya Kecemburuan
Para suami memBIARkan keelokan,
keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai
orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah,
membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang
BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati
‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang
SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau
DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.
Seorang suami yang memiliki
kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat
tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.
“Ditusukkan kepala seorang lelaki
dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang
tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}
Seorang suami yang memiliki
kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para
wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan
al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.”
{Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah
s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga
(isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t
tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada
kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R.
An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI
yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan