10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin
Apabila seorang muslim baik lelaki
atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul.
Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu
datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada
juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji
Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah
untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang
keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan
lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang
baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah
Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah
memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang
sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba
sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan
mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha
Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang
merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana
belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada
perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam
fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat
mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan
untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan
keluarga.
Allah akan menolong mereka yang
menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan
kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan
memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat,
banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin,
kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang
berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba
yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin
memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah
hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin
dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari
Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah
itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda
kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya
kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa
kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman :
‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya
orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla,
bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di
dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya
baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan
sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh,
merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang
mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam
yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu
antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang
terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang
haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan
Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti
kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta,
mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya
tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya
lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis
berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam:
“Barang siapa yang mendatangi
peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima
solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan
Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun
itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW,
“Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya)
syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530),
Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan
sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar
sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
(Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa
bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit.
Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah
kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat
Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman
jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita
tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran
dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu
penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong
kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti
menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha
Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya
pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak
akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita,
tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus
berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap
muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan
janji Allah?
Copy n PastE from http://www.gilerkentang.com/10-janji-allah-kepada-mereka-yang-ingin-berkahwin/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan