Cara Menyambut Hari Kemerdekaan
Salam kemerdekaan buat seluruh umat
Malaysia yang ke-55. Tanggal 31 Ogos merupakan satu tarikh dimana
seluruh rakyat Malaysia menyambut hari Kemerdekaan Malaysia dari
penjajah. Jadi, kali ni budumasham 'ter'rajin nak berkongsi tips cara
menyambut hari kemerdekaan dengan efektif, elektif, positif, inovatif
dan segala tif tif yang ada.
Menurut
kementerian penerangan, Tema Merdeka tahun ini ialah 'Janji Ditepati'.
Oh Tidak. Tak mengapalah. Itu hal mereka apa pon niatnya dgn tema
merdeka kali ni. Apa pon, kita sbg rakyat Malaysia, sambut merdeka satu
perkara yang WAJIB. Cuma perlaksanaanya perlu selari dgn syariat. Itu
paling penting.
Apa yang harus kita lakukan untuk menyambut hari kemerdekaan?

Bahkan Rasulullah antara manusia
yang dijamin oleh Allah untuk kesyurga. Kenapa baginda SAW masih nak
beribadah sampai bengkak-bengkak kaki? Soalan ini diajukan oleh para
sahabat, Lalu Rasulullah menjawab, salahkah aku ingin menjadi orang yang bersyukur?
Makanya, baca al-Quran antara
salah satu langkah untuk tunjukkan syukur kita kepada Sang Pencipta.
Dialah yang memberikan kemerdekaan kepada bumi Malaysia. Andai Dia tak
takdirkan bahawa 31 Ogos bukan tarikh merdeka, adakah kita mengecapi
kemerdekaan sekarang?
2. Mantapkan ilmu didada. Hei,
semua point takde kene mengena dengan kemerdekaan ni macamana ni? Aha,
Hei dude, apa takde kaitan pulak. Sangat berkait ni kawan. Apa makna
kemerdekaan jika kita masih didalam kejahilan? Apa makna merdeka jika
kita masih dijajah dengan kejahilan? Apa makna merdeka jika kita masih
terikut budaya Barat? Yeah, dengan ilmu,seseorang itu terkeluar dari
kejahilan. Ahh, Muslim yang pakar dalam kedoktoran contohnya, boleh
bikin ubat yang hebat untuk sembuhkan sebarang penyakit. Tak kan nak
harapkan doktor barat je kawan. Ape barang!
3. Dengarkan lagu-lagu patriotik yang memberi semangat. Bab
ni mudah bukan?Pastikan perkara diatas dibuat juga, Tak salah kita
dengar lagu-lagu yang memberi semangat untuk membakar semangat
patriotik. Antara lagu yang ingin saya syorkan ialah Warisan - Sudirman, Tanggal 31 - Sudirman.
itu je yang saya nak syorkan. Lagu moden-moden ni, saya kurang syorkan
sangat,lebih-lebih lagi lagu tema merdeka yang terkini. Aha. jangan
marah.
4. Elakkan ke Majlis Mak cik Siat. Makcik
Siat ni bukanlah berbangsa cina atau korea. Tapi makcik ini tak kenal
erti bangsa dan agama. Semua dia sapu. Nama komersialnya ialah Maksiat.
Satu perkara yang ingin saya pesan kepada semua, elakkan menghadirkan
diri ke konsert-konsert yang melalaikan sempena menyambut merdeka. Jika
anda benar-benar mengenali erti merdeka pastinya anda tidak akan
membazirkan masa anda ke konsert yang membawa kelalaian dan maksiat.
Kenapa saya kata begitu? Konsert-konsert ni budaya siapa
sebenarnya?Adakah Rasulullah menganjurkan budaya konsert?Tidak salah nak
berhibur. Mahukan berhibur, anda boleh anjurkan satu konsert yang khas
pisahkan lelaki dengan perempuan, tidak mengasyikkan dengan suara wanita
yang dilenggok-lenggokkan, tidak lalai dengan waktu solat dan
sebagainya. Tapi adakah kebanyakkan konsert mengambil berat tentang hal
ini? Kebanyakkannya tidak.
Erti merdeka yang boleh kita faham dengan ayat yang simple = bebas dari genggaman penjajah.
Adakah kita faham konsep
penjajah?Adakah dengan menawan tanah Melayu sahaja itu dinamakan
menjajah? Oh, sungguh tertipu, Mereka menjajah,bukan sahaja menjajah
tanah,ekonomi, politik tapi mereka membawa ideologi pemikiran yang
merasuk masyarakat tanpa disedari. Maknanya, mereka juga menjajah
pemikiran kita. Tanamkan suka akan hiburan tanpa batasan. Dan
sekarang,pemikiran itu ditafsir dalam bentuk konsert-konsert,pusat
hiburan dan sebagainya.
Jadi, jika andai sayangkan Malaysia, tinggalkan konsert maksiat! Itu baru Merdeka derr.
5. Memperingati para pejuang-pejuang Islam di tanah Melayu, Ingati
pengorbanan mereka yang berhempas pulas membebaskan Malaysia dari
penjajah. Ingat kawan-kawan, BEBASKAN DARI PENJAJAH, mereka berjuang
untuk bebaskan dari penjajah, bukan berjuang untuk ketuanan mana-mana
bangsa. Ingta tu kawan-kawan bumi Malaysia bukan untuk bangsa Melayu je,
bumi ini milik Allah. Kafir ke orang itu, beriman ke orang itu, Allah
tetap maha pemurah lagi maha kaya.
Akhir kata, belajarlah jadi orang yang bersyukur kepada Allah SWT. Elakkan daripada join pesta-pesta menari sempena sambutan hari kemerdekaan kerana itu bukanlah cara kita sebagai Muslim untuk menyambut dengan sedemikian rupa. Moga sambutan hari kemerdekaan kali ini, diredhai dan mendapat berkat dari Allah SWT.
Segala yang baik, itu datang dari Allah taala. Maaf andai terkasar bahasa. Salam Eid Fitri mubarak
Suka saya nak mengajak para pembaca semua, jemput baca entry oleh @CARLSAMSUDIN disini
![]() |
Salam Merdeka *malas nak edit gambar hee |
CopyNpastE from http://www.budumasham.com/2012/08/cara-menyambut-hari-kemerdekaan.html |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan