Jasa' Mustafa Kamal Attartuk
Apa jasa-jasa Mustafa Kamal Ataturk?
1. Membenarkan perempuan memakai tudung dengan memakai skirt.
2.
Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri
pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di
Ankara.
3. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
4. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
5. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
6. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
7.
Mengimport para arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki.
Hakikat-nya mereka diarah mengukir patung dan tugunya di seluruh bandar
Turki.
8. Satu ucapan beliau di
bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan
bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan
untuk kemajuan.
9.Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara.
10.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
11.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
12.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada masjid dijadikan gereja.
13.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
14.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
15.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
16.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
17.
Mengganggap dirinya tuhan seperti firaun. Pernah salah seorang askarnya
ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" Oleh kerana takut,
askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Antaranya ialah :
1. Mendapat penyakit kulit hingga ke kaki dan merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4.
Panas sepanjang masa, sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk
menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk
meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Oleh kerana tidak tahan dengan
kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana
mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka
telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot
dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Pada 26 September 1938, beliau
pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu
tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau
pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu
beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan
menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari
9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama
Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Allah tunjukkan
lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Ketika
mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak
bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .
Akhirnya, mayatnya diawetkan
sekali lagi dan dimasukkan ke muzium Etna Grafi selama 15 tahun sehingga
tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, bumi
sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu
bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya
ditanam di celah-celah batu marmar.
Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
CopyNpastE from http://www.budumasham.com/2012/08/jasa-mustafa-kamal-attartuk.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan