Selasa, 9 Oktober 2012

Destinasi bulan madu yang menarik

Ada beberapa destinasi melancong untuk berbulan madu bagi org yg baru kahwin. Sememangnya koleksi gmbar yg nak aku share ni tempat2 menarik, andai ada duit lebih,tak salah gunakan untuk bermadu kasih bersama isteri tersayang sambil-sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Ok, Jom kita lihat gambar2 menarik ni :)

1. Ayada Maldives, Ayada ni terletak bawah Sri Lanka, iaitu di sebuah kepulauan bi Sri Lanka.

Ce korang tgk sendiri gambar atas ni. Kalau tak menarik jugak, cuci sikit spec mata tu. Haa, ni aku kasi plan lokasi macamana korang nak sampai ke sini. Tgk bawah ni.
Ayada Maldives yang bertanda A. Tunggu ape lagi? Plan awal2 dgn bakal bini cepat2! Boleh rujuk di laman web ni

2. Lizard Island, Queensland di Australia. Tempat untuk menyaksikan fenomena matahari terbit :)

Gambar ni tersaangatlah ohsem. Tgk kat beranda tu, siap dah dua kerusi untuk korang berdua bermadu kasih bersama isteri tersayang. Tempat yg agak romantik,boleh menikmati angin laut dan lihat keindahan matahari terbit. Kalau nak tgk matahari terbit kene bangun awal la,lepas solat subuh,cepat2 ajak isteri duduk bersama. Subhanallah, Indahnya :)
Macam biasa,lokasi bertanda A
Untuk makluman lanjut,boleh layari website rasmi tempat ni atau boleh juga lihat di pakcik Wiki

3. Arizona, USA. Kali ni, gambar ni aku dpt dari fb, lokasi perinci tak dapat dipastikan,tapi apa yang pasti,ia juga antara destinasi bermadu kasih dgn pasangan korang. Meh tgk sat.
Acu tgk kat warna air tu. Memang menyejukkan pandangan mata. Hihi. Tempat ni,memang sesuai untuk mereka yg cintakan udara segar. Kali ni,tempat ni jadi tumpuan mase matahari terbenam,krn tempat ni betul2 di sebelah barat. Haa,lepas solat Asar tu,cepat2 la ajak bini berborak. Memang romantis. Tempat ni berdekatan dgn Los Angeles,tapi nasihat drpd aku,jgn jejak kaki ke Las Vegas, tempat Katty Perry berjudi tuh.
Korang kalau nak pergi sini,boleh try tgok blog ni dan blog ni

4. Kali ni aku kasi tempat paling dekat dgn Malaysia. Nama tempatnya ialah "Maya Bay, Koh Phi Phi, Thailand" Lokasi gambar ni terletak di kepulauan Thailand.
Gambar ni memang cool beb. Aduh, tak tahu lah nak komen macamane lagi, memang cool sume gambar yg aku share ni. Apa pon,ni antara tempat menarik untuk perlancongan seisi keluarga. Kalau berminat nak booking hotel di Maya Bay, boleh buat booking online di sini


Ini je lah dulu aku share, letih gak buat research ni. Akhir sekali, melanconglah mana-mana pon, moga Allah redha dgn perjalanan ini. Tak kisah, nak melancong di Malaysia pon dah ok sebenarnya. Banyak lagi sebenarnya tempat2 yg Allah ciptakan dgn keindahan-keindahan alam. Semuanya krn Allah itu maha Kaya

CopyNpastE from http://www.budumasham.com/2012/07/destinasi-bulan-madu-yang-menarik.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan