Syaitan takut pada Saidina Umar
Diriwayatkan
drpd Muhammad bin Sa’ad bin Abi Waqqas drpd ayahnya, bahawa Umar bin
al-Khattab memohon agar diizinkan masuk ke dalam rumah Rasulullah s.a.w.
Ketika itu ada beberapa org wanita Quraisy sedang berbincang-bincang
dgn Rasulullah dn mereka berbicara dgn nada suara yg agak kuat, melebihi
suara Rasulullah s.a.w.
Ketika Umar masuk, mereka segera berdiri dan menurunkan hijab. Setelah
diberi izin Umar masuk ke rumah Rasulullah s.a.w sementara Rasulullah
tertawa.
Umar bertanya : “ Apa yang membuatkan kau tertawa wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab : “Aku hairan terhadap wanita-wanita ini. Ketika
mereka mendengar suaramu segera mereka berdiri menarik hijab.”
Umar berkata : “sebenarnya engkau yg lebih layak disegani wahai
Rasulullah.” Kemudian Umar berkata kpd wanita-wanita itu : “ wahai para
wanita yg menjadi musuh kpd nafsumu sendiri, bagaimana kalian segan
terhadap diri dan tidak segan terhadap Rasulullah?” Mereka menjawab : “
Ya engkau lebih keras berbanding Rasulullah s.a.w. “
Kemudian Rasulullah bersabda : “ Jangan memulai pembicaraan wahai Ibn
al-Khattab. Demi Allah yg jiwakuberada dlm genggaman tangan-Nya,
sesungguhnya tidaklah syaitan menemuimu sedang berjalan di suatu jalan
kecuali dia mencari jalan lain yg tidak engkau lalui.”
Diriwayatkan drpd Aisyah r.ha. bahawa Rasulullah bersabda : “ Sesungguhnya syaitan lari ketakutan jika bertemu Umar .”
Rasulullah
juga bersabda : “ Umatku yg paling penyayang ialah Abu Bakar dan yg
paling tegas dalam menegakkan agama Allah ialah Umar.”
Kwn2,betapa
hebatnya sahabat Rasulullah bernama Umar Ibn al-Khattab, sampaikan
syaitan sendiri takut nak jumpa Umar. Kita bagaimana? Kita hanya mampu
berdoa kpd Allah s.w.t supaya dihindarkn gangguan dan hasutan syaitan
agak dpt kita jauhkan segala doa dan maksiat :) Banyak ayat-ayat
al-Quran yg boleh kita amalkan untuk berlindung dari makhluk terkutuk
ini, antaranya Surah An-Nas. Surah ini boleh menghindarkn segala
kejahatan jin dan manusia. Moga apa yg kalian baca dlm blog ni, kita
amalkan dan sampaikan kpd org yg belum tahu ttg ini. :)
CopyNpastE from http://www.budumasham.com/2012/05/diriwayatkan-drpd-muhammad-bin-saad-bin.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan