Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika
Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut
lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi
kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan
pertumbuhan telur wanita.
Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.
Bagaimana Caranya?
Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak
kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut,
dan belailah selalu janggut suami.
Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh
National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan
oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan
hikmah dan kelebihannya.
Hukum Memelihara Janggut
Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan
persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara
janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang
keras.
Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh
para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu
yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan
suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu
kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah
suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.
Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji.
Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti
ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada
orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.
Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan
Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited
dalam hal ini.
Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak
mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar
pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika
hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan
walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.
Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut
dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap lelaki
beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. sumber dari
usrahonline.com
CopyNpastE from http://detikislam.blogspot.com/2012/10/subhaanallah-hikmah-disebalik-janggut.html#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan