Peristiwa Kemenangan Islam di bulan Ramadhan al-Kareem
Selain
turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat
beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan
barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang
disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah
kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka.
Namun
begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan
umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam
dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah. Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:
17 Ramadhan 2H
Perang Badar Al-Kubra
Rasulullah
SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan
bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan
umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan.
Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan
muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17
Ramadhan
2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di
bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000
orang tentera musyrikin Mekah.
Ramadhan 5H
Persiapan
Perang Khandaq. Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq)
sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan
oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-
Farisy.
Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada
bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan
pasukan musuh.
20 Ramadhan 8H
Futuhul
Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala. Rasulullah SAW
keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para
sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid
(antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa
pertumpahan
darah.
Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama
15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq,
penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah
mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin
Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.
Ramadhan 9H
Perang
Tabuk. Rasulullah SAW tidak mendapati tentera. Rom lalu kembali ke
Madinah. Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada
ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan
melaksanakan puasa disana. Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk
menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan
oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak
dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis.
Ramadhan 10H
Rasulullah
SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina
Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku
kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada
hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada
hari itu.
Ramadhan 53H
Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.
Ramadhan 92H
Islam
telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke
Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah
kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair, Wali
Khilafah
Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam,
Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan
tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic.
Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa
perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan
tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur
dengan tentera Raja Rhoderic.
Beliau
berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita,
dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua
pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.
Ramadhan 129H
Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.
Panglima
tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas
tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya
dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan,
penasihat-penasihat
Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba.
Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu
sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus
berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini
berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.
Ramadhan 658H
Semasa
kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan
Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum
Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan
babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin
turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid-
masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk menghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat,
25 Ramadhan 658H di Ain Jalut.
Peperangan
ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar
yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin
Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh
Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih
lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus
berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir
di Kota Ain JalutCopyNpastE from http://www.budumasham.com/2012/07/peristiwa-kemenangan-islam-di-bulan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan